Tuesday 29 March 2016

Virus Attacked ! Going to Die

Since yesterday, suddenly my office server got infected by malware.
This is very bad, so damn bad and dangerous.
This virus will encrypt your data file and we cannot get back our original file.
Aku ada buat research sikit pasal this virus, and i found this as a ransomware, cryptolocker.
blablabla..
Ada jugak software untuk decrypt data file, but based on readers respond, all software for decrypt not working.

Aku penat nak taip. Tp still nak update cz rasa terbeban gila dengan benda ni.

So for today, aku dah jumpa computer yang spread this virus into server.
Aku rasa macam nak bakar je laptop yang jadi punca ni. Pijak-pijak pastu bakor.. huhhuhuuuww
Tapi aku tak boleh salahkan user, sebab kita tak tahu macam mana virus boleh masuk and kita tak tahu apa jenis virus and macam mana virus itu diprogramkan untuk masuk kita punya system.
And aku pun tak boleh nak salahkan user sebab maybe system security or antivirus office aku tak cukup strong untuk block this malware.

This virus will attack by folder. Nasib baik semalam, cuma dua drive folder yang kena. Means, dua department punya folder infected. Tapi still kesian sebab diorang boleh get back file yang aku backup je which is on 12 March 2016. Aku malas nak argue dgn boss aku pasal backup ni. Dia tak tahu betapa pentingnya daily backup. Kalau taknak daily pun weekly lah. Tapi dia still stick suruh buat monthly je.


So sekarang aku tengah format this laptop untuk 2nd time. First time tadi dah format, tapi aku tengok virus tu ada lagi dekat windows.old. Aku tak puas hati, aku delete semua folder then aku format lagi sekali. Lantak lah keje bangang ke apa format 2 kali, yang penting aku puas hati.

Ni ada screenshot virus tu :

Click gambar untuk enlarge


Sekarang aku dah lega sikit, but still worry if this happen again.
Tapi at least dah tahu apa nak kena buat.

So sekarang aku nak balik, aku nak makan banyak2, nak makan makanan sedap as to reward myself. hahahahah

kepala otak dah penat, since yesterday tak boleh tido lena.

boleh tak nak tukar profession, taknak jadi IT lagi. *sigh


okbai~


Monday 28 March 2016

Cara Mudah Install Semua Application Software Guna NINITE ! Jimat Masa !

Assalammualaikum. Hai semua. Dah makan ke belum? kihkih

Aku nak share sikit lah satu benda yg memudahkan kerja aku. Sangat efficient lah pd aku.
Ni pun kawan aku yang share kat aku. So must credit to her Sazliza Binti Azman.
Biasanya kalau lepas format komputer, satu kerja yang nak kena buat ialah install driver and basic2 software untuk user guna.
So sekarang aku taknak share pasal cara mudah install driver, tapi aku nak share cara paling mudah, senang, efficient and so on lah pasal install sume basic software application.

Here we go :

1) Pergi website NINITE

2)  Then, korang select lah software apa yang korang nak install, jangan select semua pulak, 2 hari kang tunggu baru siap install. Huh..

 
3) Lepas dah select, then, click 'Get Installer'. Lepas tu korang 'Run' then biar je sampai siap. Korang boleh check progress download dengan view details/download(tak ingat details ke download). Kalau status dah keluar 'OK', means dah complete installation.

So, pergi lah explore dan try. Pada siapa yang dah tahu tu, korang tak payah nak senyum sinis sangat heh, huhuhuh... Sama-sama lah kita berkongsi kasih-sayang ILMU..!!

OKDAA~  

Friday 25 March 2016

How to Hard Reset Your Phone - Samsung

Salam Jumaat,

Hari ni belajar benda baru, malam tadi phone husband dia tukar pattern lock. Then, suddenly, entah macam mana dia lupa pattern baru dia tu untuk unlock. So after several times dia try, tiba2 terus keluar page suruh enter google account username and password. Satu hal plak si husband nih, semua benda dia tak ingat, account gmail semua tak ingat. So stuck kat situ. Pastu aku malas nak pikir, aku tido jelah mlm tadi. Sapa suruh tukar2 lock phone kan. Padan muka. ngeh ngeh

So pagi tadi, bangun tido, aku check phone dia still suruh masukkan google account. Aku terus google je guna phone aku macam mana nk reset password ke and so on.
Then, aku jumpa the only solution is to hard reset the phone lah.
Then, aku keluarkan simcard and memory card and follow the steps.
Here we go :

1) Shutdown phone
2) Press Volume Key (up and down) + press power key + press home key
    (semua ni serentak, pandai2 la nak menggayakan macam mana haha)
3) Bila screen dah keluar samsung, release power key, but still hold the volume key + home key
4) Then akan keluar black screen with options blue color font and yellow color font.
5) Select option > Wipe Data/Factory Reset
    * use volume up and down key to select and press home button to enter
6) Then, select > Yes, all user data
7) After complete, then select reboot system now.
8) Press android and setup details like time, date and install semula apps korang whatsapp, wechat, fb.

FINALLY! Thanks to google. Sebab buat benda ni, lambat aku pegi keje hari ni !!!

But, ada advantage and disadvantage by sharing this

Advantage :

1) Boleh guna semula phone

2) Buat sendiri, tak perlu hantar kedai

Disadvantage:

1)  Pencuri phone akan salah guna this info untuk kepentingan diaorang.


Btw, im sharing this for good, yang salah gunakan info ni, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.



 

Tuesday 22 March 2016

Segmen Cek Ungu

Dari hari tu nak join, tapi tak sempat2 nak post. So hari ni ada masa sikit, jom lah kita join segmen cek ungu ni.. Senang je cara-cara nya. Jom tengok :


Click sini untuk join segmen cek ungu

Steps dia :
1. Follow Cek Ungu.
2. Mention dekat comment post Cek Ungu "Join Segmen and dah follow" . (jgn lupa link blog segment u ols)
3. Tagg 3 org kawan2 blogger korang yang lain dlm post ni. Tak kesah apa cara and bg tahu dorg nnt yg dorg dah diTag.
4. Jawab soalan bawah ni dgn tepat.
(a) Warna kegemaran Cek Ungu
(b) Bulan dan tahun Cek Ungu kawen
Jawapan saya :
(a) Ungu 
(b) Bulan December Tahun 2011
5. Copy paste je semua benda alah ni and tepek dkt blog korang k.
Tu je. mudah kan?

HADIAH MENARIK

LIMA orang blogger bertuah boleh tebus hadiah berupa :

1. FRIDGE MAGNET LIMITED EDITION. Boleh letak nama korang seringkas and sepadat yg mungkin. (Click sini utk sample hadiah)

2. BLOG u ols akan di tepek kt blog cek ungu ni selama tiba next segmen cek ungu yg akan datang.

Ok  jum semua yg free tu join segmen ni. Esok tarikh tutup nya tau! Aku tak tahu nak tag sapa sebab baru je lagi kan. So aku tag semua yang baca post ni. ngeh333..
 

Monday 21 March 2016

BISNES PUTUS KAWAN

maaf la tak update apa2 entry, sbb busy gilaaaaaaaaaaaa weh... macam2 hal yg berlaku...
HAHAHAHHAHAHAHAHH

bajet tak? bajet ada orang baca blog kau ke fara oii??!!! hahahahaha...

sekali sekala perasan apa salahnya kan.. har har har


tapi memang betul aku busy, dgn nak buat kenduri lagi minggu ni, lepas tu minggu lepas jumpa kawan lama lah konon tetiba contact, and then, guess what? ajak aku join bisnes.aku paling menyirap orang mcm ni, ingat aku bodoh kaa?? suruh join seminar just dengar je.. seminar nak bagi idea untuk berbisnes. masuk RM50.. wadehekkk... lebih baik aku dengar ceramah agama.. free lagi..betul tak kawan-kawan? setakat nak bg idea untuk berbisnes, google pun boleh. lain lah kalau nak bagi modal untuk berbisnes.. huhuhuhu...lepas tu sembang, income monthly RM30,000. phewww
nampak tak yg income tu daripada seminar tu... alahaiiii

aku bukannya nak mengutuk org yang berbisnes macam ni, lantak kau lah nk bisnes ke apa, tapi jgn lah guna istilah kawan dalam ni. ni acah2 contact datang dari KL nak gi JB ada hal keje, pastu ajak jumpa kejap since dah lama tak jumpa sejak habis study. rindu..

oh serius aku menyesal jumpa dia. and, aku pun dah slow talk dengan dia aku tak berminat blablabla.
aku bukan terus putuskan friendship dengan dia, tp aku dah tawar hati lah. kau pindah lah JB sekalipun, aku tetap dah tawar hati nak jumpa. At the same time, sedih jugak ni.

so kawan-kawan, kalau ada pengalaman yang sama, share laa yerr ;)


Wednesday 16 March 2016

Jom Kurus dengan Green Tea dan Clenxtea !!

Hai, assalammualaikum..

Kali ni nak cerita pasal kesihatan. Memandangkan selera tu sentiasa di tahap gajah, so kiter kena cari solution mcm mana nk kecikkan sikit badan ni especially perut ni.
Semua orang tahu, kena exercise lah blablabla..
Ya, exercise memang perlu yer untuk kuruskan badan, tapi ada cara sampingan lain.
Salah satu caranya minum green tea and detox tea.
Aku pernah try minum japanese green tea, tapi tekak ni serius taknak terima.
So aku try other brand, aku try green tea by Ahmad Tea. Sedap. Tekak aku boleh terima.
Korang boleh cari brand Ahmad Tea ni kat Cold Storage atau Giant.
Plus, kawan aku cakap, green tea ni boleh susutkan korang punya belly fat tuh.
sumber pic : pakcik google
Lagi satu untuk detox tea, aku suka Clenx Tea sebab memang puas hati time membuang tu.
So, kalau agak2 aku makan banyak masa dinner ke, aku mmg akan minum clenx tea ni, esoknya mmg flush abis apa yg aku makan.
So, korang yg mana diet tu, mesti ada satu hari cheatday kan? haaa, masa cheatday tu lepas melantak, korang minum lah clenx tea ni, berbaloi..
Lagi satu Clenx Tea ni bukan jenis yg memang tersadai kat toilet. Tak. Korang selesa punya lah.

sumber pic : pakcik google

Banyak sebenarnya khasiat green tea ni, ok meh aku share sikit antaranya :

1) Membantu menurunkan berat badan sebab kalori terbakar dengan lebih cepat
2) Membantu menurunkan tahap gula dalam darah
3) Mencegah kanser
4) Membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam badan
5) Meningkatkan sistem ketahanan tubuh
6) Membantu mengawal tekanan darah tinggi
7) Mencegah osteoporosis
8) Mencantikkan dan menjaga kulit

Cara aku ambik green tea ni, untuk daily aku minum green tea biasa, untuk weekend atau bila melantak macam gajah, baru aku minum detox tea clenxtea.

So, selamat bergreen tea uollssss !!!! ngeh ngehhh

Monday 14 March 2016

Lempeng Cecah Kari Ayam !!

Assalammualaikum..

Weekend hari tu, mcm biasalah kena masak memandangkan adik ipar nk datang, cik abam request suruh masak kari ayam. So pegi lah shopping bagai bahan2 nye.. Masa tu confident je rempah kari babas mmg ada lg kat umah.
Then bila balik umah, masa nk prepare bahan2 tu, bukak lah rempah kari babas tu, sekali dah berlapuk uolls. Check expired date rupanye tahun Nov 2015. Nampak sgt dah lama tak masak kari kan. kihkihkih.
Pastu terpaksa lah mintak tolong cik abam belikan rempah kari. Stress betul bila dah ada mood nk masak, tetibe barang takde.. kan kan... rasa mcm nk hempas pintu bilik, pastu tido sampai esok.. kahkahkahkah
Then, bila dah dapat rempah kari, ape lagi bersilat lah kita kat dapur !!
Jom tengok resepi kat bawah ni :


RESEPI KARI AYAM

1/2 ekor ayam
Rempah kari - 3 atau 4 sudu besar
Daun Kari - 3 tangkai
Kentang - 3 biji (belah 4)
Asam Keping - 1 keping shj
Santan - 1 kotak 200ml (aku guna santan KARA, tak abes pun 1 kotak, ada balance sikit je lagi)

Bahan Blend
*Bawang merah kecil - 5biji
*Bawang putih - 3 biji
*Halia - 1 inci
*Cili Kering (optional untuk yg suka pedas) - dalam 8-10 helai

Bahan Tumis
Bawang merah besar - 1 biji (hiris)
Bawang putih - 1 biji (hiris)
Kayu manis - 1 batang
Bunga lawang - 2 biji
Cengkih - 4 biji
Buah pelaga - 2 biji
Biji lada putih - 3 biji

CARA-CARANYA :-
1) Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumis.

2) Bila bawang dah naik bau dan warna dah kekuningan, masukkan bahan blend dan rempah kari. Sebelum tu aku gaul rempah kari dgn air sedikit. Then masukkan pulak daun kari. Gaul.

3) Bila paste kari mcm dah didih sikit, masukkan ayam dan kentang. Kalau kering sgt, boleh masukkan air sedikit. Biar sampai ayam masak and kentang empuk.

4) Bila agak2 ayam nmpak mcm dah masak, masukkan santan. Lepas tu masukkan asam keping. Gaul lagi biar kentang betul2 empuk.

5) Last sekali, bila ayam dah masak, kentang pun dah empuk, perasakan dengan garam dan gula. Kalau kering sangat kari korang, tambah air.


Keesokkan hari nya, adik ipar aku request, nk makan lempeng cecah kari. Mmg merecikkk bila terbayang lempeng cecah kuah kari. All time favourite haku!!! Apa lagi bersilat lah aku buat lempeng pulak esoknya.
Silat tak silat sangat lah, senang je kan lempeng. Tapi dulu masa baru2 kawin, aku failed buat lempeng, Smpai stress aku buat lempeng tak jadi. Bila ingat balik, rasa mcm bangang je aku dulu. kahkah
Ok, moh tengok resepi lempeng pulak. Saje je share, tau korang sume hebat2 kan...Setakat lempeng, mesti korang buat sambil main fb je kan.. hewhewhew

RESEPI LEMPENG

4 cawan tepung gandum
Air - agak2 pekat dia,
Garam
soda bikarbonat (optional)

CARA-CARANYA :
1) Kacau air, tepung dan garam jgn sampai ketul2. Nak senang blender je.

2)Pastu dah confident tak cair sangat tak likat sgt, so-so je eh.

3) Panaskan kuali, makesure betul2 panas, pastu lalukan minyak sedikit je. Tak nak pakai minyak pon boleh jugak. Lagi bagus kalau ada non-stick pan. Api korang bukak kecik je.

4) Lepas tu masukkan adunan lempeng tu pakai senduk. Then golek2 kan kuali tu . Aku tak tahu lah korang paham ke tak maksud aku golekkan kuali tu. ahhhahahaah... korg paham2 jelah, yg penting lempeng korang tu lebar lah membulat besar. kalau pakai belakang senduk pon boleh..

5) Makesure api kecik tau. Biar je lempeng tu lama sikit, jgn cepat2 dah gatal tangan tu nk terbalikkan.

6) Check tepi2 de kalau agak2 dah tak melekat, boleh terbalikkan.

7) Untuk next lempeng, aku dah tak letak minyak. Tak melekat pun.

Senang je rupanya buat lempeng ni. Tips nya pastikan kuali betul2 panas, and lempeng dah masak baru nk terbalikkan ke apa.

Ok, aku belanjer gambo sikit, hehe


OK, selamat mencuba !!

Saturday 12 March 2016

Friday 11 March 2016

Windows 10 + Microsoft Office 2013

Assalmmualaikum kawan2 cik fara... :p

Hari ni aku busy menggodek computer baru big boss nih.
Computer dah canggih dah, tp ada je problem yg menghantui diri kuuuu...
Problem hari ni bila nak print then kalau kita click kat Printer Properties suddenly Mirosoft has stopped working blablabla .. kalau direct terus print boleh.

Aku ingatkan  Windows 10 punya angkara lah, sebab features baru ke apa.

TAPI !!!!!!
Tapiiii sayyyaaaenggggg.... kuikuikui..
okay iklan jap.

Tapi lepas aku buat research dari forum ke forum, pastu try and error, ada 2 possibility:

1) Re-install Microsoft Office
2) Upgrade Printer driver

So sekarang aku tgh membackup email big boss aku yg kamain byk lagi tu. Try Solution No.1 dulu. Kita tengok pegi de mcm mane. hahahah.. Pastu kalau tak ok jugak, try Solution No.2.
Kalau still error, aku rasa aku tutup blog ni.
Ceh takde kene mengena kan.. Haha.


okbai.

Tuesday 8 March 2016

Makaroni Goreng Simple Yet Delicious


Assalammualaikum..
Kalau ikutkan minggu ni, aku tak masak malam sebab cik abam on diet. Tapi disebabkan semalam malam, selera gajah aku dah sampai, so bersilat kat dapur pukul 9 malam, buat makaroni goreng. Hew hew
Senang je resepi nya kawan2, boleh lah refer kat bawah ni untuk panduan korang. Masa taip ni pun air liur mcm dah nak menitis, terbayang makaroni goreng. kihkihkih

BAHAN-BAHANNYA (untuk 2-3 orang makan)


Bahan untuk blend :

Bawang merah - 4 biji
Bawang putih - 2 biji
Lada Kering - agak2 dalam 10-15 (kalau suka pedas tambah lagi)
Belacan sikit (optional)
Tomato - 1 biji

Bahan Lain :

Makaroni - 2 genggam (nampak mcm sikit, tapi nnti dah goreng banyak),apa2 brand pun okay, aku guna Prego.
Ayam/Daging /Udang/ Sotong - ikutlah mana yang ada dalam peti
Bawang besar - 1 biji (Hiris)
Tomato - 1 biji (Hiris)
Carrot - Hiris halus
Sayur sawi - (optional)
Sos cili - 2 sudu
Sos tiram - 1/2 sudu
Kicap manis - 2 sudu
Sos ikan (optional) - 1 sudu teh (sikit je)
Telur - 1 biji

CARA-CARANYA :


1) Rebus makaroni dalam periuk sampai saiz makaroni tu agak besar sedikit. Lepas tu, toskan.


2) Panaskan minyak dlm kuali. Lepas tu masukkan bawang yg dihiris. Goreng sehingga naik bau, sampai bawang kuning2 sikit, then lepas tu masukkan bahan2 yang telah di blend. Lepas tu masukkan semua mak nenek perencah tu, sos cili, kicap, sos ikan.


3) Agak2 mcm paste tu dah masak, lepas tu masukkan ayam/daging/udang and biar sampai daging masak/empuk. Lepas tu masukkan makaroni yg ditoskan tadi.Gaul rata.


4) Masukkan semua sayur, tomato, carrot and sawi. Gaul rata.


5) Last sekali, pecah telur atas makaroni tu, then gaul2 rata. Letak garam gula secukup rasa. Bila rasa dah okay, telur pun dah nmpak masak,  Lepas tu  boleh tutup api. Aku suka makaroni tu nampak kering sikit, so kalau makaroni tu perencah nya terlebih, biar lama sikit gaul sampai nampak macam kering sikit. Lepas tu boleh tutup api.


Selamat mencuba ya uolls !!




Monday 7 March 2016

Review : Filem Munafik


Hi, aku nak review sikit pasal movie munafik yg aku tengok hari jumaat lepas. Aku tengok dekat CS (City Square), memandangkan TGV semua fullhouse okay kat jusco tebrau and bukit indah. Memang tak mustahil kutipan filem ni boleh cecah juta2 dlm masa beberapa hari je tayangan. rasanya sampai hari ni still fullhouse lagi.

barisan pelakon munafik, pak osman takde pulak dlm gmbar ni. sumber pic : google image


Ok, sepanjang  tengok cerita ni, memang saspen dari mula sampai lah habis. rasa sesak napas aku tengok cerita nih. and lagi satu, tangan aku sangat lenguh okay sbb tengok melalui celahan jari and tutup mata separuh dengan sweater. hew hew

Maria (Nabila Huda)sumber pic : google image


SCENE NGERI

1) Cerita syamsul ni part yg terkejut2 tu memang A. Tapi the best part is bila Ustaz Adam (syamsul) dengan Maria (Nabila Huda) berlawan dlm bahasa Arab tu. Rasanya semua org kagum part ni. Masa ni ustaz adam nk ruqyahkan Maria, sbb ada jin dalam badan Maria. Masa tu suara Maria sangat ngeri and apa yang dia cakap psl iblis dan syaitan tu memang meremang. And, secara automatik aku terikut sekali baca ayatul Qursi masa ustaz Adam baca tgh berentap dgn Maria.

2) Scene bila mak tiri Maria (Sabrina Ali) kejar Maria yg keluar rumah tetiba, pastu Maria bersiul and toleh kat tiri mak dia. Bapakk ahh, copot jantung ku. Lepas tu Maria seret mak dia, mmg real punya seret eh..

3) Scene Ustaz Adam gali kubur bini dia. Masa ni mimpi. Dia gali sebab stress anak dia asek lah cakap psl mak dia and rindukan mak dia, so dia gali la nk bawak mayat bini dia tunjuk kat anak dia yg mak dia dah mati. Memang real syamsul gali kubur and keluarkan mayat tu pastu seret mayat tu. Adoiiihai......

4) Scene Maria dalam bilik mayat, ni pun aku rasa nak hempok sape2 yg ada disekeliling aku sebab tak senang duduk tengok. Tetiba mayat bangun, pastu si Maria ni pegi masuk pulak dalam peti mayat tu. Jadah tol Maria nih.... huhu

5) Last sekali, scene Pak Osman berentap dgn Ustaz Adam, memang ngeri bila keluar suara jin Pak Osman tu. Muka Pak Osman pon seram time nih. Kata2 yg dia cakap memang sentap menusuk bila dia cakap Ustaz Adam was2 dengan Allah.

Actually sume part pon best, tak boleh nak describe. Overall superb, plot cerita cantik, tak serabut, tak bosan, tak tergantung and faham walaupun dari mula tertanya2 siapa yg munafik ni, siapa punya angkara semua ni, sebab semua watak possible untuk jadi punca , akhirnya semua terjawab masa part last sekali. Pak Osman yg acah-acah lumpuh tu rupanya dajjal dlm cite nih.

HIKMAH DISEBALIK CERITA MUNAFIK

1) Meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kadang2 benda ni terjadi dalam setiap diri,  wujud prasangka, was2, tidak redha dlm sesuatu perkara, semua terjadi sebab iman lemah, mudah terpengaruh hasutan syaitan. Ni mesej yg Syamsul ingin sampaikan.

2) Penonton secara tak langsung akan sama2 membaca ayat suci Al-Quran, contohnya Ayat Qursi, potongan Hadis, dan zikir. Menonton sambil mengumpul pahala.


So, thumbs up to Syamsul Yusoff, bangga Malaysia menghasilkan filem macam ni. Teruskan berkarya Syamsul,  kitaorang pasti akan support karya Syamsul Yusoff !!!


So uols, jauhi diri kita semua dari sifat : 


Saturday 5 March 2016

Resepi Link

Entry ni untuk semua list resepi yang ada dlm blog ni, senang untuk aku refer, atau korang2 pon boleh juga kalau berkenan. Yelah, kadang selalu masak pon boleh lupa jugak perabah nyee... Jom kawan2 kita share2 resepi :-


1. Resepi Makaroni Goreng 

2. Resepi Kari Ayam + Lempeng

3. Resepi Ayam Asam Pedas

4. Resepi Kari Ikan Tongkol @ Tenggiri

5. Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi


.

.


.

IT & Technology

Aku bukanlah pakar IT, aku cuma IT picisan jerr and niatnya di sini untuk share knowledge and experience selama aku bekerja sebagai IT person. Mungkin berguna untuk org lain. And maybe akan datang aku boleh refer balik dekat blog ni, yelah kot2 dah lupa ke. Maklumlah dah tuaa! teeheehehee



1. Windows 10 + Microsoft Office 2013

2. How to Hard Reset Your Phone - Samsung

3. Cara Mudah Install Semua Application Software Guna NINITE

4. Virus Attacked! 

5. Cara Mudah Install Driver Laptop/Desktop 

6. Windows 10 : How to fix windows start menu button freeze / stopped working 

7. Cannot receive email Outlook but can sent successfully?

Friday 4 March 2016

Cik Fara Happy


Assalammualaikum..

Masuk kali ni tak tahu lah dah berapa kali buat blog.
Masa zaman2 tak matang dulu, ada lah create 2,3 blog, tapi hampeh lupa dah id password semua.
So now, aku create lagi blog. Takde reason pon create blog kali ni, tak tahulah aku dah kembali tak matang ke apa.. kahkahkah...

ok mls nk bebel panjang.. first entry ni sbb happy boss dah berambus balik halfday..
so bila dia balik je, terus hilang ngantuk. nampak tak keajaiban ittewww!!! hahahaha

ok bye!




Powered by Blogger.