Bagi mak2 yang bagi anak full FM mesti ada masalah mcm ni kan?
Aku nak cerita sikit kronologi kes my baby yg pernah kena sembelit sampai dia elok.
1) 3 bulan. (Enfalac A+)
Nurin (my baby) 1st kena sembelit masa 3 bulan. Masa ni Nurin minum susu Enfalac A+. Najis dia ketul2. Bulat2.
2) S26
Daripada Enfalac aku tukar ke susu S26. Mula2 je okay, lepas tu sembelit juga. Lagi kesian. Masa ni tak lama Nurin 4 bulan time tu. So dia consume S26 sekejap je dalam sebulan.
3)Dutch Baby
Haa ni Nurin serasi. Lama Nurin minum dutch baby dari 4 bulan lebih sampai lah dia 10 bulan. Tiba2 Nurin kena sembelit. Masa ni Nurin masih minum yg Step 6-12 bulan. 3 hari Nurin kena sembelit. Nak buang air besar je nangis2, gigil2 dan kepala dia berpeluh2. Mmg tak sampai hati sangat. Dengan mak2 nya nangis. Nak kata sebab pemakanan, mcm biasa je Nurin makan bubur hari2.
4) Dutch Lady
Lepas tu pengasuh Nurin advise tukar susu dah boleh bagi yg setahun walaupun Nurin lagi sebulan nak setahun. So aku beli Dutch Lady yang madu punya. Sayangnya, Nurin masih lagi sembelit.
Tak boleh jadi, bawa Nurin ke klinik :-
- Doc suruh bagi banyak air masak. Dan doc bagi ubat Garam Mineral and ubat masuk bontot. yang ubat masuk bontot tu kalau dah 4 hari tak berak. So far, Nurin hari2 berak cuma sembelit lah. Bila aku tgok dapat ubat tu, aku jadi tak sampai hati nak bagi sebab ubat tu macam ubat untuk org dewasa.
- Disebabkan Nurin masih sembelit setelah aku kurangkan bubur, tapi aku bagi makan puree buah. So, aku decided untuk bagi Nurin minum air garam yg doc bagi tu. Aku masukkan sikit je serbuk garam tu dalam 8 ounz air masak.
Ni rupa garam mineral yg doc bagi tu |
- Surprisingly, Nurin suka pulak minum air garam ni. Selalu bila aku bagi air masak tu sedut sikit2 je. Ni air garam bukan main laju sedut, sekali dia minum dekat 4 ounz. Pastu sambung lagi minum sampailah abis 8 ounz.
- Dan.. alhamdulillah.... esok harinya, Nurin dah boleh berak macam biasa. Adalah meneran tapi tak nangis.
- Sejak tu aku paham punca sembelit ni adalah sebab kurang air dlm badan dia. Susu sahaja tak mencukupi. Mungkin selama ni aku ingat cukup dia sedut sikit2 tu air masak. Rupanya dia suka yg ada rasa2 sikit. So, lepas Nurin dah elok dari sembelit, aku dah tak bagi air garam tapi aku gantikan dgn air buah buat ada rasa2. Tapi aku buat cair2. Blend buah macam jus tu.
- Susu aku masih kekalkan yang sama. Ni solution untuk Nurin. Kalau untuk case yang lain2 tu tak pasti lah puan2, kena byk mencuba. Mungkin ada yang kena tukar susu. Depends dekat baby.
Sekian perkongsian dari saya. Harap dapat membantu..
No comments:
Post a Comment