Tuesday, 14 March 2017

Resepi Cornflake Madu Simple, Rangup Tanpa Bakar

Assalammualaikum..
Harap maklum, raya memang lama lagi. Tapi entah kenapa teringin nak makan cornflake madu. Sedapnya uolls rangup2 camtu. Bila tekak ni dah teringin memang tak jadi keje, asek dok teringat. Maka sepantas kilat lah tepon mak tanya macam mana nak buat. Dulu masa kecik2 rajin tolong mak buat cornflake madu ni. Rupanya senang je nak buat. Ni resepi paling simple okay, untuk lepaskan hajat tekak ni je, tapi yang penting sedap, meletop, rangup !!!
Here we go :-

BAHAN-BAHANNYA :


 1) Buttercup - 125 g (agak2 separuh buku tu)
2) Corn Flake Nestle 500g
3) Madu - 1 cawan
4) Gula pasir - 5 sudu


 CARA-CARANYA:-

1) Masukkan buttercup dan gula dalam kuali dan kacau sampai cair dan gula larut

2) Lepas tu masukkan madu dan kacau.

3) Bila dah agak2 menggelegak dan confident gula dah larut, terus matikan api.

4) Lepas tu masukkan semua corn flake dan gaul sekata. Gaul bagi rata, adil dan saksama tau. Memang lenguh sikit time gaul ni. Penting gaul sekata sebab nak bagi dia melekat kan.

5) Lepas tu boleh lah kita masukkan dalam cup. Yang ni kena bertabah la, kalau buat 500g memang banyak. Panggil la askar2 tolong masukkan sekali dlm cup tu.

6) Bila dah masukkan dalam cup tu kan, korang biar kejap dalam dulang ke apa, dalam 10 minit sebelum masuk dalam balang. Bagi dia lekat sikit kan. Sebab kita tak bakar kan. Kalau bakar lain cite. hehe.

Ok, dah siap~~~


ni lah hasil cornflake madu kita yg sempoi ni tapi sedap tau!! 
bawak gi ofis, kejap jek dah licin dikerjakan ofismate.. hehe

14 comments:

  1. hehehe memang favourite. Kalau buat ni 2 balang tak sampai sehari abis.
    Sis ditag http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/03/sunshine-blogger-award-ucing-kadayan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. non stop ngunyah... btw, thanks tag iols.. :)

      Delete
  2. sedapnya! elsa selalu buat time raya. wahhh dah nak raya! hakhakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita amek mood raya awal sikit.. hehehehe

      Delete
  3. Kuih raya wajib buat setiap tahun sebab mudah. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, senang sgt.. ni jelah kuih yg boleh diharap nak buat.. hehehe.. yg lain tak pandai..

      Delete
  4. Da boleh datang beraya da nie, kuih raya da ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kalau nak raya awal jemput dtg.. haha

      Delete
  5. aummm..sedapnye..ttbe craving :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat gi buat.. senang jee.. heeehehe

      Delete
  6. sy lebih suka bakar. jenuh jugak nak isi dlm cup sebenarnya. dahlah takdak askar2 nak tolong ahahahaha

    ReplyDelete
  7. Apa beza bakar dengan tk bakar? Rasa dia tu mcm mana?

    ReplyDelete
  8. Apa beza bakar dgn tak bakar ye??

    ReplyDelete
  9. Saya guna resepi camni juga selama ni. Tapi saya bakar 10 min

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
 
Copyright by Blog Cik Fara