Monday, 11 April 2016
Cinta 100 Kg. I loikeee !!
Siapa kat sini yang tengok drama episod #cinta100kg nih??
Siapa yg tak tengok tu hah dok diam2...
yela tak semua yang suka tgok cite melayu ni katanyeeerrrr.... -_-
yes, aku setuju lah kadang2 ada drama melayu yg meleweh2 pasal cinta, yg geli2 tu...
tapi ada jugak drama melayu yg berkualiti..
salah satu nya drama Cinta 100 kg ni.
aku tengok 1st episode terus aku suka. pastu terus follow sampai sekarang.
kenapa aku suka?
1) pelakon semua berkualiti. memang A lah pelakon semua. antara pelakon nya:
- sherry alhadad, sharifah amani, ungku hariz, fezrul khan, zain hamid, zain saidin, jay iswazir, and ramai lagi. semua pun best.
2) cerita ni kelakor.. hahahah.. bila teringat je aku rasa nak gelak. dia punye kelakar tu mmg kena dgn real life. paling aku ingat masa dian putus cinta dengan khairul, pastu dok ulang2 lagu "Denis Chairis -Takut Kehilanganmu ".. hahahahahahahhaha...!!! byk lagi part yg lawak eh, sila tengok...
3) cerita dia bukan pasal cinta je, tapi pasal friendship yg susah nak dpt zaman sekarang ni. memang suka lah tengok friendship diorg, gadoh2 pastu baik.. mcm gaduk adik beradik gitew..pasal cinta pon bukan cinta yg cliche lah mcm anak dato' whatsoever tu.
4) sedih. sedih bila bestfriend diorg mati sbb makan pil kurus. tak sangka si Tina tu mati. memang sedih lah part ni. lagi satu sedih bila si Wati dah dapat tahu Zain suka kat dia. Wati marah Zain kaw2 gila, memang padu lah ayat si wati ni. Kesian kat Zain.
ok dah mcm sinopsis pulak ni. lantak korang lah kalau tak suka cite ni yang penting aku suka. muaahahahahahahha
minggu ni minggu last cite ni.. akan ku download and tengok ulang2 sampai muntah.. hewhewww
byk benda tersirat dalam cerita ni.
kesimpulannya, tak semestinya org bdn besar takde org nak, and x semestinya org kurus cantik, cantik juga di dalam nya. yang penting, HATI. kalau hati kita baik, pandai bawa diri, confident, ramai yg suka nak kawan dengan kita.
apa-apa pun kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang.
#selfreminder
~tata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
No comments:
Post a Comment