Friday, 27 May 2016

Apa pendapat korang tentang Karaoke by Smule?


siapa yang nampak je icon smule tu terus rasa teruja?? angkat tangan cepat!!
HAHAHA.. siapa yg teruja tu memang kaki karok lah teww.. termasuklah haku..

ok, bagi sesiapa yang tak tahu apa itu karaoke by smule, actually this is one of karaoke application yang awak boleh download thru phone dan juga computer. dah download tu lepas tu pilih lah lagu korang.
korang nak lagu malay, english, indon semua ada. just search je la.
daripada smule ni jugaklah aku kenal khai bahar. cehhh statement kan... mau kena tikam aku dengan peminat fanatik khai bahar ni kang.. hewhew
takdelah , maksud aku, khai bahar ni famous daripada apps Smule ni lah. punya lah ramai follower dia kat smule ni.. sekali dia up lagu, tak sampai berapa minit, bukan main ramai lahai yg join duet dengan dia... mampu uolls? aku ni kalau invite, sepi je org nk collaborate dgn aku.. hampeh!

ok ok off topic pasal khai bahar.

lagi satu, dengan apps smule ni korang boleh tune kan suara korang tu, macam edit suara lah. selalu asek edit gambar je kan.. kalau nak sedap sikit, boleh guna effect Super Studio. tapi effect tu boleh guna kalau korang dah jadi VIP user. macam mana nak jadi VIP user? haaa bayar lah RM3.50 monthly.
aku kena kecam dengan kawan aku sebab gigih jadi VIP user. aku tahu diorang jeles dengan aku sebab suara aku bergema macam dalam studio. KAHKAHKAHKAH

so pada pendapat aku, aku salute kat developer apps ni..
yelah, contoh macam aku , memang dah lama tak pegi karoke sejak2 dah busy keje, kawan2 lain pon busy keje, kahwin bagai sume. so dapat lepas gian karok kat Smule jela.. lagu pun semua ada.. duit pun jimat.. kan!! kan!! heheheheheh
actually kita karoke untuk suka2 je, tak semestinya suara nak kena sedap.. kan!!
dgn Smule ni jugak, kita boleh karok duet dengan artis2 kesayangan contoh nye macam Siti Nordiana, khai bahar.. nak jugak khai bahar...huhuhu..


oklah,

jom Smule sesama, ID : fereefar
jgn expect suara aku mcm siti nordiana pulak, suara aku level2 panggil hujan jeww...

weehuuu~~~



baiii~~

7 comments:

  1. Elsa main smule kalau Elsa betul2 sorang2 dekat rumah hahaha nak main depan orang ramai segan oh haha

    ReplyDelete
  2. khai bahar femesss sbb smulee. hahah gila ramai fans diaa fuh

    ReplyDelete
  3. tau takpe... sekali up lagu berapa ramai daa yg komen.. sume komen "kerenn'.. hahahahahah

    ReplyDelete
  4. dulu donlod jugak apps ni pastu uninstall lepas sedar suara ni tak sedap langsung walau dah edit (yang free) hahaa. so uninstalled >,<

    ReplyDelete
  5. btw, bw and followed here, #39! ^^ urmm, jemput bace new entry saya ye. tysm <3
    http://walkietalkiesaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Join smule ni utk lepas gian nak karok wlupn suara tak berapa nak sedap haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
 
Copyright by Blog Cik Fara