Thursday, 8 September 2016

Resepi Ayam masak Asam Pedas Mak Mertuaku - Simple and sedap



amaciam.. ngences tak? heeee

Hai..

Selama ni aku buat asam pedas ikut suka aku je, kemain letak daun kesum bunga kantan.. bajet dah sedap gila dah. tapi bila makan still rasa kurang, mcm ada yg tak kena, padahal bau dah memang bau asam pedas lah siap bunga kantan bagai kan..

pastu balik kampung laki, mcm biasa lah kena tolong2 masak.. pastu mak mertua nk masak ayam asam pedas, so mak mertua bagi arahan cara-caranya, aku tukang masak lah tukang godak2..
then, baru aku tahu apahal asam pedas aku selama ni hampeh. see! korang rajin2 lah kedapur cari ilmu dengan otai2 ok..

ok, jom tengok resepi :

BAHAN2 UNTUK DIBLEND :-
bawang merah besar - 2 biji
bawang putih - 3 biji
halia - 1 inci
kunyit hidup - 2 inci
lada kering - segenggam /2 genggam

BAHAN2 LAIN :
ayam - 1/2 ekor / lebih pun boleh je
daun kesum - 4 tangkai
asam jawa

CARA-CARANYA :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Minyak ni kena lebihkan sikit ya, sebab minyak ni main peranan jugak nak sedapkan asam pedas tu. Dan minyak jugak main peranan untuk kuah asam pedas nampak merah gitu.
So, lebihkan sikit minyak tu, biar berladung sikit takpe. Ok, lepas tu masukkan bahan2 yang sudah diblend tadi.

2. Biar bahan tumis masak dahulu, and pastikan korang punya tumis tu melompat2.. paham tak maksud aku? haha. maksudnya biasa kalau minyak korang cukup, bahan tumis korang tu akan terpercik2. maka, tutup lah periuk tu dulu kejap. lepas tu kalau agak2 bahan tumis tu dah masak, bila korang nampak sambal tu mcm dah kering sikit, pastu masukkan ayam. gaul.

3. gaul rata ayam dengan bahan tumis pastu biar kejap. bila nmpak daging ayam tu mcm dah separa masak, korang masukkan air sikit. aku biasa tambah air kat dalam bekas blender tu. tambah air sikit je okay, agak2 dalam secawan. ok lepas tu gaul, lepas tu biar ayam tu masak.

4.ok lepas dah confident ayam dah masak, dah menggelegak, korang masukkan daun kesum dan asam jawa.gaul.

5. last sekali korang masukkan garam. garam 1 sudu setengah/ 2 sudu (depends). garam jangan sikit sangat nnti tak rasa. garam pun main peranan jugak nk balance kan pedas untuk asam pedas korang tu.

ok, siap.

selamat menjamu seleraa~~




2 comments:

Powered by Blogger.
 
Copyright by Blog Cik Fara