.
Aku memang sinonim dengan tertinggal kete api. time org tengah "pungpang-pungpang" aku buat bodoh je.
bila benda dah senyap, aku baru terhegeh2 nak amek tahu.
ni lah yang terjadi untuk kes buku Fixi ni.
asalnya aku memang tak minat baca novel. dulu2 time study adalah baca novel. tapi time tu baca novel cinta2 tu. yang tajuk dia geli2 contohnye " cintaku tertinggal di celah jari kaki, suamiku encik bulu blablabla.." contoh ok contoh....... start tu aku nyampah nak baca novel2 camni.
and then, nak dijadikan cerita, ada sorg officemate aku ni memang ulat buku. first aku ternampak dia tengah baca buku, aku tak ingat tajuk dia. tapi tajuk dia agak epik lah. lepas tu aku tanya dia ada buku lain tak, nk pinjam. dia pun bagi buku "when i was kid part 1". aku pun okay, bawak balik baca. buku ni bukan fixi, tapi buku cerita yang ada doodles, english books. okaylah, aku enjoy je baca. tp takes time jugak lah aku nk habeskan. then, dah habis, pulang balik kat kawan aku tu, intan nama dia.
lepas tu aku macam tepu jugak lah kat umah. macam nk membaca something. kenapa tak online? masalahnya aku dah bosan keje nak scroll fb, instagram. aku taknak aku bertambah rabun. huuuuhuuu
selalu jugak aku jalan2 pegi bookstore tapi aku tak tahu nak beli apa. last2 aku beli buku "panduan isteri solehah". hahahahha.. seriously, aku beli. haahhaha.. tapi, again, bosan..
lepastu scroll instagram, ternampak lah sorg kawan aku, lelaki, dia post rak buku dia penuh dengan buku fixi.
i'm curious. buku apa seh, tajuk buku sume sepatah2 je pastu epik gila. then, aku buat research. rupanya buku fixi ni since 2011. apa agaknya aku buat selamat 5 tahun ni sampai aku tak tahu langsung pasal buku fixi. hmmmm... untuk pengetahuan korang, buku fixi ni penggunaan bahasa dia bukan lah formal macam novel2 lain. lepas tu buku fixi ni ada banyak genre, yang kebanyakkannya mindfucked, yang boleh buat korang saspen, seram, psycho, sedih, kelakar, tak boleh terima kenyataan, confuse, semua lah. dan lagi best, buku fixi ni takde lah keje cite pasal jiwang2 bercinta bagai je.
tapi eh, buku fixi ni kebanyakkannya 18 tahun keatas. untuk org dewasa lah. dah namanye pun tak formal. paham2 jelah.. hmmm..
buku fixi ni semakin ramai follower and popular.aku pernah je ternampak rack fixi ni masa aku melilau kat bookstore. tapi aku tak tergerak nak beli.
lepas tu aku pun nekad nak beli, excited gila lepas baca review dari readers fixi. andddddd, buku pertama aku beli "GANTUNG".
tell you what, i'm addicted.
start je aku baca page pertama, aku tak boleh berhenti okay. seriously. aku habiskan baca buku ni dalam masa 2 hari. paling laju dlm hidup aku. pantang masa lepa sikit, aku baca. dia punya plot twist tu mmg aku respect dekat penulis dia, Nadia Khan.
aku malas nak review lebih2. korang should read!
lepas tu, aku terus beli another 3 books #jahat #kelabu #garam.
koleksi fixi aku setakat ini |
aku beli 3 RM50, kat kilang bateri, JB. nasib baik kilang bateri tu belakang umah aku je. huhu..
ikutkan hati aku , nak beli semua, geram.
dah korang jangan kacau aku, jangan ajak aku smule bagai.
sekarang aku ulat buku. KIHHH KIHHH
buku fixi tajuk asrama besttt ! hahaha
ReplyDeleteitulah, kawan saya pun cakap best. ok, kejap lagi saya beli. kihhhh
DeleteSelalu nampak tapi tak terjebak lagi.. Teringin jugak nak baca sebenarnya genre novel begini. Menarik je. Dah baca review awak, lagi menarik rasanya nie.. Hee.
ReplyDeleteBtw, siqah singgah sini dan follow :) Jemputlah datang blog siqah juga ye :)
try lah awak.. sure tak menyesal silap2 addicted.. hehehehe
Delete