Showing posts with label buku fixi. Show all posts
Showing posts with label buku fixi. Show all posts

Tuesday, 28 February 2017

Goodreads : Reading Challenge 2017


Tahun ni baru teringat nak bukak Goodreads. Tengok reading challenge 0%. hahahahhaha
Maknanya 1 buku pon aku tak start baca lagi untuk tahun ni. Actually, dah start baca tapi belum habis lagi. Dok mereput bukunya, dah berhabuk sikit. hewhewww

Aku start create account Goodreads ni tahun lepas, masa tu memang berkobar2 lah dengan hobi membaca ni. Kemain kemaruk lagi membeli buku. Pantang tengok review best2 sikit kat Goodreads, hah mula lah masuk dalam list. Bangga jugak dengan diri aku time tu.
Tapi apa sudah jadi sekarang deyyy deyyy deyyy??

Ok2, sekarang mood membaca kena TURN-ON !!

Sengaja aku set 50 buku je untuk tahun ni, sebab aku tahu perangai aku macam mana. Itu pun tah capai target ke tidak 50 buku nih. huh... harap2 sebelum bersalin, aku dapat capai target.
Yelah, kang dah bersalin, mana nak bela anak lagi, takkan itu jam baru nak sibuk pegang buku semata nak capai target kan. memang mintak kena pelangkong ngan laki aku je kang.. hewheww

Sesiapa yang ada account Goodreads tu add la kiteww. Klik SINI.

nak tahu jugak korang baca buku apa kan. mesti korang dah baca beratus2 buku kan... hmm..

ok, till then, daa~~

Friday, 28 October 2016

Review #ILUSANITI by ADIB ZAINI



hai, kali ni nak buat review novel pulak lah..
actually, dah baca beberapa novel, tapi lupa nak buat review..
bukan lupa, tapi lebih kepada malas.. hihhi.. hmmmm

ok berbalik kepada novel ilusaniti ni, novel ni diterbitkan oleh FIXI. and was published on 2013.
dah lama dah, tapi aku baru tahu.. tsk tsk.
FIXI ni ada follower sendiri, mcm aku pun prefer fixi. nak tahu kenapa? boleh tengok previous post aku pasal fixi ya. SINI

Pendapat aku tentang novel ilusaniti ni, aku salute dekat penulis dia sebab aku tak dapat bayangkan macam mana dia berfikir sampai menghasilkan penulisan yang hebat mcm ni.
Seriously, aku pening, kadang2 stress jugak aku baca, bila dah masuk mimpi tentang "Bandar Tanpa Cahaya" tu, bunyi ikan paus bergema, langit warna hijau. Rasa geram kenapa geng2 diorang semua kena mcm tu.
At the end, baru tahu kenapa. Semua berpunca daripada si cult, AL masa diorang tengok movie Samad Spender. hahaha.
Lagi satu aku tertarik dgn nama kucing yang dia bagi, "David Lee Roth". Curlasssss kauuu... 

Buku ni byk mengisarkan tentang dunia "Gamers". Siapa yang hantu main game tu aku rasa memang suka lah novel ni. Sampai ada term2 yang aku tak tahu. Tapi tu yg aku suka, sebab kita membaca untuk menambah ilmu kan.

Istilah "mindfucked" tu memang sesuai untuk buku ni. Sampai lepas habis aku baca buku ni, aku mengeluh sebab mungkin terlalu menghayati ke'stress'an watak2 dlm cite ni. Finally, tahu kenapa diorang jadi mcm tu.Seriously weh, lepas habis baca tu aku mengeluh, hempas buku dan tersandar.
Ok, aku tahu aku over. Baca buku je kot. Actually tak hempas pun, cuma letak buku dgn kasar je. Syg oiii buku ...hehehe

Aku rasa macam ada sekuel kot buku ni memandangkan ending dia macam tergantung sikit. Tp still ending yg puas hati. Korang kena terima hakikat yg novel fixi ni kebanyakan ending suruh korang berfikir. ok, fine, hahaha..

Ok, so korang yang belum baca tu and suka novel2 thriller, psycho, apa lagi go get it guys!




Wednesday, 28 September 2016

MYCYBER SALE : Buku Fixi 10 = RM150 include pos

http://fixi.com.my/
Click banner to order


Haiiii... Sempena mycyber sale ni, buku fixi tak ketinggalan buat sale jugak. 10 buku bersamaan dengan RM150. Selalu kan 3 buku RM50 kan.. So dengan mycybersale ni, korang akan dapat 10 buku dengan harga RM150, kiranya dapat extra 1 buku. Ok what, 1 buku bersamaan dengan RM19.90 tau. heee.

So, disebabkan excited yg melampau, aku skrg dok usha buku2 yang bakal dibeli ni. Ya aku nak beli seploh!! Tengok list kat bawah ni, daripada tadi aku dok tenung list ni :


ok, kalau korang baik hati, boleh lah tolong suggest/ recommend buku mana yang baekkk..
Setakat ni koleksi fixi aku baru ada 5 je, antaranya :
1) Gantung
2) Kelabu
3) Garam
4) Jahat
5) Asrama

kalau ada yg murah hati nak belanja tu boleh pm tepi.. kahkahkah..
jom la join membaca uolls ~~

best tau fixi !


ok babai ~
Powered by Blogger.