Thursday, 22 September 2016

Cara download movie dekat Pencuri Movie




Haii !
Hari ni nak share cara-cara download movie kat website Pencuri Movie.
Mungkin ada yang tak tahu kan.

OK here we go :

1) Bukak website pencuri movie. >   http://pencurimovie.ph/
*link tu mungkin akan bertukar sbb before ni  website dia dibanned. so alert lah. hehe

2) Select movie apa yang korang nak.

3) Lepas tu scroll down, korang akan nmpak mcm gambar kat bawah ni :

 korang right click kat FILEREV , pastu open new tab.

4) Pastu korang tick dekat " Im not a robot " macam kat pic bawah ni. Lepas tu tunggu 3 second.



5) Lepas tu click "Get Link".
6) Lepas click "Get Link" memang akan ada beberapa popup ads akan keluar. so close saja. focus dekat next page seperti dibawah. Then, click "Skip this ad".

 

7) Lepas tu akan keluar lagi satu page adfly. Sama jugak, korang click "Skip Ad".

 

8) Lepas tu akan keluar page seperti dibawah ni to makesure movie apa yang korang nk download tu. Lepas tu korang click  "Free download ".

 

9) Last step is, korang click "Download File ".

 

10) Lepas tu "Save".

 


Selamat mencuba !
 
 


Thursday, 8 September 2016

Resepi Ayam masak Asam Pedas Mak Mertuaku - Simple and sedap



amaciam.. ngences tak? heeee

Hai..

Selama ni aku buat asam pedas ikut suka aku je, kemain letak daun kesum bunga kantan.. bajet dah sedap gila dah. tapi bila makan still rasa kurang, mcm ada yg tak kena, padahal bau dah memang bau asam pedas lah siap bunga kantan bagai kan..

pastu balik kampung laki, mcm biasa lah kena tolong2 masak.. pastu mak mertua nk masak ayam asam pedas, so mak mertua bagi arahan cara-caranya, aku tukang masak lah tukang godak2..
then, baru aku tahu apahal asam pedas aku selama ni hampeh. see! korang rajin2 lah kedapur cari ilmu dengan otai2 ok..

ok, jom tengok resepi :

BAHAN2 UNTUK DIBLEND :-
bawang merah besar - 2 biji
bawang putih - 3 biji
halia - 1 inci
kunyit hidup - 2 inci
lada kering - segenggam /2 genggam

BAHAN2 LAIN :
ayam - 1/2 ekor / lebih pun boleh je
daun kesum - 4 tangkai
asam jawa

CARA-CARANYA :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Minyak ni kena lebihkan sikit ya, sebab minyak ni main peranan jugak nak sedapkan asam pedas tu. Dan minyak jugak main peranan untuk kuah asam pedas nampak merah gitu.
So, lebihkan sikit minyak tu, biar berladung sikit takpe. Ok, lepas tu masukkan bahan2 yang sudah diblend tadi.

2. Biar bahan tumis masak dahulu, and pastikan korang punya tumis tu melompat2.. paham tak maksud aku? haha. maksudnya biasa kalau minyak korang cukup, bahan tumis korang tu akan terpercik2. maka, tutup lah periuk tu dulu kejap. lepas tu kalau agak2 bahan tumis tu dah masak, bila korang nampak sambal tu mcm dah kering sikit, pastu masukkan ayam. gaul.

3. gaul rata ayam dengan bahan tumis pastu biar kejap. bila nmpak daging ayam tu mcm dah separa masak, korang masukkan air sikit. aku biasa tambah air kat dalam bekas blender tu. tambah air sikit je okay, agak2 dalam secawan. ok lepas tu gaul, lepas tu biar ayam tu masak.

4.ok lepas dah confident ayam dah masak, dah menggelegak, korang masukkan daun kesum dan asam jawa.gaul.

5. last sekali korang masukkan garam. garam 1 sudu setengah/ 2 sudu (depends). garam jangan sikit sangat nnti tak rasa. garam pun main peranan jugak nk balance kan pedas untuk asam pedas korang tu.

ok, siap.

selamat menjamu seleraa~~




Tuesday, 6 September 2016

Kenapa aku terlambat tahu pasal FIXI !!!!


.
Aku memang sinonim dengan tertinggal kete api. time org tengah "pungpang-pungpang" aku buat bodoh  je.
bila benda dah senyap, aku baru terhegeh2 nak amek tahu.
ni lah yang terjadi untuk kes buku Fixi ni.

asalnya aku memang tak minat baca novel. dulu2 time study adalah baca novel. tapi time tu baca novel cinta2 tu. yang tajuk dia geli2 contohnye " cintaku tertinggal di celah jari kaki, suamiku encik bulu blablabla.." contoh ok contoh....... start tu aku nyampah nak baca novel2 camni.

and then, nak dijadikan cerita, ada sorg officemate aku ni memang ulat buku. first aku ternampak dia tengah baca buku, aku tak ingat tajuk dia. tapi tajuk dia agak epik lah.  lepas tu aku tanya dia ada buku lain tak, nk pinjam. dia pun bagi buku "when i was kid part 1". aku pun okay, bawak  balik baca. buku ni bukan fixi, tapi buku cerita yang ada doodles, english books. okaylah, aku enjoy je baca. tp takes time jugak lah aku nk habeskan. then, dah habis, pulang balik kat kawan aku tu, intan nama dia.

lepas tu aku macam tepu jugak lah kat umah. macam nk membaca something. kenapa tak online? masalahnya aku dah bosan keje nak scroll fb, instagram. aku taknak aku bertambah rabun. huuuuhuuu
selalu jugak aku jalan2 pegi bookstore tapi aku tak tahu nak beli apa. last2 aku beli buku "panduan isteri solehah". hahahahha.. seriously, aku beli. haahhaha.. tapi, again, bosan..

lepastu scroll instagram, ternampak lah sorg kawan aku, lelaki, dia post rak buku dia penuh dengan buku fixi.
i'm curious. buku apa seh, tajuk buku sume sepatah2 je pastu epik gila. then, aku buat research. rupanya buku fixi ni since 2011. apa agaknya aku buat selamat 5 tahun ni sampai aku tak tahu langsung pasal buku fixi. hmmmm... untuk pengetahuan korang, buku fixi ni penggunaan bahasa dia bukan lah formal macam novel2 lain. lepas tu buku fixi ni ada banyak genre, yang kebanyakkannya mindfucked, yang boleh buat korang saspen, seram, psycho, sedih, kelakar, tak boleh terima kenyataan, confuse, semua lah. dan lagi best, buku fixi ni takde lah keje cite pasal jiwang2 bercinta bagai je.
tapi eh, buku fixi ni kebanyakkannya 18 tahun keatas. untuk org dewasa lah. dah namanye pun tak formal. paham2 jelah.. hmmm..
buku fixi ni semakin ramai follower and popular.aku pernah je ternampak rack fixi ni masa aku melilau kat bookstore. tapi aku tak tergerak nak beli.

lepas tu aku pun nekad nak beli, excited gila lepas baca review dari readers fixi. andddddd, buku pertama aku beli "GANTUNG".


tell you what, i'm addicted.
start je aku baca page pertama, aku tak boleh berhenti okay.  seriously. aku habiskan baca buku ni dalam masa 2 hari. paling laju dlm hidup aku. pantang masa lepa sikit, aku baca. dia punya plot twist tu mmg aku respect dekat penulis dia, Nadia Khan.
aku malas nak review lebih2. korang should read!
lepas tu, aku terus beli another 3 books #jahat #kelabu #garam.

koleksi fixi aku setakat ini

aku beli 3 RM50, kat kilang bateri, JB. nasib baik kilang bateri tu belakang umah aku je. huhu..
 ikutkan hati aku , nak beli semua, geram.

dah korang jangan kacau aku, jangan ajak aku smule bagai.
sekarang aku ulat buku. KIHHH KIHHH







Powered by Blogger.