Wednesday 20 April 2016

Setel Tunggakan PTPTN Melalui KWSP

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share step-by-step nak setelkan hutang PTPTN melalui KWSP akaun 2.
Ni bagi sesiapa yg spesis mcm aku la, bayar on-off sampai lah tunggakan tu dah beribu2..
Sesiapa yang belum check lagi berapa tunggakan dia, better check lah. Jangan terkejut pulak bila dapat tahu tunggakan korang byk tu. Tunggakan ni dia kira daripada tarikh sepatutnya kita bayar. So kalau tak bayar langsung memang makin naik lah jumlahnye.
So mase tu aku baru terhegeh2 nak pergi PTPTN nak buat tolak gaji lah kononnye. Pastu staff PTPTN tu cakap kena setel tunggakan dulu baru bleh buat tolak gaji ke ujrah ke apa.
Then, check lah tunggakan. Jumlah tunggakan aku, RM9,000. Diploma sahaja. Mampu uolls nak bayar? hahahahah... teruk perangai kan... sekarang dah tahu baru nak gelabah.. Tu belum masuk degree lagi, tunggakan degree aku RM4,000. pengsan

ok lets go :

STEP 1 : Pergi mana2 kaunter PTPTN
  • Cerita dengan staff PTPTN tu yang korang last bayar bila, berapa tunggakan diploma/degree, lepas tu cakap nak setelkan tunggakan melalui kwsp. 
  • Pastikan korang tahu lah duit KWSP akaun 2 korang ada berapa.
  • Kalau duit kwsp akaun 2 korang sikit sangat, korang kena bgtahu staff PTPTN tu and discuss macam mana. Nanti staff PTPTN akan advise macam mana, and kalau bernasib baik, diorang akan accept berapa2 pun amount yang korang boleh bayar sekaligus clearkan tunggakan dan korang boleh bayar bil semasa pulak.
  • Staff PTPTN akan sediakan dokumen2 yang perlu dibawa ke kwsp.
STEP 2 : Pergi KWSP
  • Pastikan bawa dokumen daripada PTPTN beserta sijil & transcipt diploma/degree original and photocopy, and IC photocopy.
  • Sampai KWSP nnti dekat kaunter tu korang akan kena isi borang dulu.  
  • Then dah siap isi borang, korang akan jumpa staff KWSP diorg check2 dan korang kena tulis lah amount KWSP yang nak dikeluarkan untuk bayar PTPTN.
STEP 3 : Tunggu Surat Pengesahan KWSP
  • Tunggu surat pengesahan daripada KWSP sama ada by email or by post yang mengatakan permohonan pengeluaran tu diluluskan.
Ni contoh surat pengesahan daripada KWSP yang aku dapat
STEP 4 : Tunggu Panggilan daripada PTPTN atau Pergi Kaunter PTPTN
  • Biasanya staff PTPTN yang uruskan dokumen korang tu, dia yg akan call. Macam aku, dia call and email dokumen perjanjian yang baru, dan dia ujrahkan aku punya pinjaman diploma and reshedule semula pembayaran bulanan. So aku kena lengkapkan dokumen perjanjian yang baru dan hantar dekat PTPTN. Yang ni banyak keje sikitlah, korang kena beli setem hasil and buat stamp duty. Ala macam mula2 punya agreement tu.
Setel. Sekarang dah lega sikit, aku buat penolakan gaji. Senang. Kalau bayar sendiri, memang peristiwa tunggakan akan berulang gamaknye.. hahahaha.. Lepas ujrah and reschedule balik, jumlah aku kena bayar monthly RM312, campur degree and diploma. Dan  hutang PTPTN akan setel dalam masa 5 tahun bermula tahun ni.In shaa Allah.

So pengajarannya, lain kali dah hutang tu cepat2 lah bayar.
Sekarang kena gigih kumpul balik duit KWSP akaun 2. Macam nak nangis masa nak keluarkan duit KWSP akaun 2. Dekat RM10,000 kot. sob.. sob...
takpelah sndiri cari pasal... pdn muka aku!

so,korang jangan jadi macam aku !! ok, just sharing..

bye~

*update : entry ni cara manual, sekarang nk bayar guna kwsp semua guna i-akaun

22 comments:

  1. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan bayaran hutang. Tahniah awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... masih gigih membayar nii... hehe

      Delete
  2. ermm rumit jugak nak buat tu hu3...

    ReplyDelete
  3. erkk...knp entry ni mcm seram...=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekee... alamak... camne nak hilangkan seram ittewww.. hewhewhew

      Delete
  4. tumpang tanya kak.. kata la kalau tunggakan tu 2000 lepas tu hutang penuh tu dia tolak x kalau kita dah bayar dua ribu tu . atau pon 2000 tu bayar dan hutang masih sama jumlahnya.

    ReplyDelete
  5. dia akan tolak dgn total hutang kita tu.. saya pun dulu musykil jugak pasal ni. tapi dah terjawab. memang tunggakan tu termasuk dlm total hutang kita..

    ReplyDelete
  6. kalau takde transcript mcm mna? 😞😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes ni tak pasti lagi ek mcm mana, maybe kena tanya pihak ptptn macam mana.. sbb kwsp leceh sikit nak transcript, sijil, sebab dia strict tgok tarikh habis study kita.. hmmmm...

      Delete
  7. Lega dapat tau tunggakan tu termasuk skali pinjaman..bru jumpa ptptn pastu mintak setelkan untuk ijazah..yg diploma baru bayar bulanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega dapat tau tunggakan termasuk dalam pinjaman

      Delete
    2. tu la sama la, setelkan ijazah dulu.. then lepas reschedule balik lepas ujrah, lega sikit tgok jumlah nye.. hehe..

      Delete
  8. Kalau jumlah akaun kwsp 2 tak cukup bayar tunggakan macam mana? Agak2 boleh tak just bayar separuh tunggakan dan reshcedule balik bayaran ptptn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh, kena bincang dengan org ptptn.. atas budi bicara diorang jugak, sebab ada kawan, dia mampu bagi sikit je sebab akaun 2 dia tak byk, pastu ptptn accept and clearkan tunggakan dia.. lepas tu kita kena konsisten lah byr balik.. :)

      Delete
  9. berapa percent yg kite boleh keluarkan dr kwsp akaun dua utk bayar ptptn???

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk bayar ptptn, boleh keluarkan semua dlm akaun 2.. sebab byr untuk pengajian kan.. saya masa tu, tinggalkan dalam 100 lebih je kot dlm akaun 2.. sy keluarkan 9k akaun 2 saya.. takde limit.. akaun 1 jela takleh usik..

      Delete
  10. berapa percent yg kite boleh keluarkan dr kwsp akaun dua utk bayar ptptn???

    ReplyDelete
  11. nak tanya, step ke dua tu, utk dokumen ptptn tu, dokumen apa ya?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.