Tuesday, 8 March 2016

Makaroni Goreng Simple Yet Delicious


Assalammualaikum..
Kalau ikutkan minggu ni, aku tak masak malam sebab cik abam on diet. Tapi disebabkan semalam malam, selera gajah aku dah sampai, so bersilat kat dapur pukul 9 malam, buat makaroni goreng. Hew hew
Senang je resepi nya kawan2, boleh lah refer kat bawah ni untuk panduan korang. Masa taip ni pun air liur mcm dah nak menitis, terbayang makaroni goreng. kihkihkih

BAHAN-BAHANNYA (untuk 2-3 orang makan)


Bahan untuk blend :

Bawang merah - 4 biji
Bawang putih - 2 biji
Lada Kering - agak2 dalam 10-15 (kalau suka pedas tambah lagi)
Belacan sikit (optional)
Tomato - 1 biji

Bahan Lain :

Makaroni - 2 genggam (nampak mcm sikit, tapi nnti dah goreng banyak),apa2 brand pun okay, aku guna Prego.
Ayam/Daging /Udang/ Sotong - ikutlah mana yang ada dalam peti
Bawang besar - 1 biji (Hiris)
Tomato - 1 biji (Hiris)
Carrot - Hiris halus
Sayur sawi - (optional)
Sos cili - 2 sudu
Sos tiram - 1/2 sudu
Kicap manis - 2 sudu
Sos ikan (optional) - 1 sudu teh (sikit je)
Telur - 1 biji

CARA-CARANYA :


1) Rebus makaroni dalam periuk sampai saiz makaroni tu agak besar sedikit. Lepas tu, toskan.


2) Panaskan minyak dlm kuali. Lepas tu masukkan bawang yg dihiris. Goreng sehingga naik bau, sampai bawang kuning2 sikit, then lepas tu masukkan bahan2 yang telah di blend. Lepas tu masukkan semua mak nenek perencah tu, sos cili, kicap, sos ikan.


3) Agak2 mcm paste tu dah masak, lepas tu masukkan ayam/daging/udang and biar sampai daging masak/empuk. Lepas tu masukkan makaroni yg ditoskan tadi.Gaul rata.


4) Masukkan semua sayur, tomato, carrot and sawi. Gaul rata.


5) Last sekali, pecah telur atas makaroni tu, then gaul2 rata. Letak garam gula secukup rasa. Bila rasa dah okay, telur pun dah nmpak masak,  Lepas tu  boleh tutup api. Aku suka makaroni tu nampak kering sikit, so kalau makaroni tu perencah nya terlebih, biar lama sikit gaul sampai nampak macam kering sikit. Lepas tu boleh tutup api.


Selamat mencuba ya uolls !!




2 comments:

Powered by Blogger.
 
Copyright by Blog Cik Fara