Monday, 7 March 2016

Review : Filem Munafik


Hi, aku nak review sikit pasal movie munafik yg aku tengok hari jumaat lepas. Aku tengok dekat CS (City Square), memandangkan TGV semua fullhouse okay kat jusco tebrau and bukit indah. Memang tak mustahil kutipan filem ni boleh cecah juta2 dlm masa beberapa hari je tayangan. rasanya sampai hari ni still fullhouse lagi.

barisan pelakon munafik, pak osman takde pulak dlm gmbar ni. sumber pic : google image


Ok, sepanjang  tengok cerita ni, memang saspen dari mula sampai lah habis. rasa sesak napas aku tengok cerita nih. and lagi satu, tangan aku sangat lenguh okay sbb tengok melalui celahan jari and tutup mata separuh dengan sweater. hew hew

Maria (Nabila Huda)sumber pic : google image


SCENE NGERI

1) Cerita syamsul ni part yg terkejut2 tu memang A. Tapi the best part is bila Ustaz Adam (syamsul) dengan Maria (Nabila Huda) berlawan dlm bahasa Arab tu. Rasanya semua org kagum part ni. Masa ni ustaz adam nk ruqyahkan Maria, sbb ada jin dalam badan Maria. Masa tu suara Maria sangat ngeri and apa yang dia cakap psl iblis dan syaitan tu memang meremang. And, secara automatik aku terikut sekali baca ayatul Qursi masa ustaz Adam baca tgh berentap dgn Maria.

2) Scene bila mak tiri Maria (Sabrina Ali) kejar Maria yg keluar rumah tetiba, pastu Maria bersiul and toleh kat tiri mak dia. Bapakk ahh, copot jantung ku. Lepas tu Maria seret mak dia, mmg real punya seret eh..

3) Scene Ustaz Adam gali kubur bini dia. Masa ni mimpi. Dia gali sebab stress anak dia asek lah cakap psl mak dia and rindukan mak dia, so dia gali la nk bawak mayat bini dia tunjuk kat anak dia yg mak dia dah mati. Memang real syamsul gali kubur and keluarkan mayat tu pastu seret mayat tu. Adoiiihai......

4) Scene Maria dalam bilik mayat, ni pun aku rasa nak hempok sape2 yg ada disekeliling aku sebab tak senang duduk tengok. Tetiba mayat bangun, pastu si Maria ni pegi masuk pulak dalam peti mayat tu. Jadah tol Maria nih.... huhu

5) Last sekali, scene Pak Osman berentap dgn Ustaz Adam, memang ngeri bila keluar suara jin Pak Osman tu. Muka Pak Osman pon seram time nih. Kata2 yg dia cakap memang sentap menusuk bila dia cakap Ustaz Adam was2 dengan Allah.

Actually sume part pon best, tak boleh nak describe. Overall superb, plot cerita cantik, tak serabut, tak bosan, tak tergantung and faham walaupun dari mula tertanya2 siapa yg munafik ni, siapa punya angkara semua ni, sebab semua watak possible untuk jadi punca , akhirnya semua terjawab masa part last sekali. Pak Osman yg acah-acah lumpuh tu rupanya dajjal dlm cite nih.

HIKMAH DISEBALIK CERITA MUNAFIK

1) Meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kadang2 benda ni terjadi dalam setiap diri,  wujud prasangka, was2, tidak redha dlm sesuatu perkara, semua terjadi sebab iman lemah, mudah terpengaruh hasutan syaitan. Ni mesej yg Syamsul ingin sampaikan.

2) Penonton secara tak langsung akan sama2 membaca ayat suci Al-Quran, contohnya Ayat Qursi, potongan Hadis, dan zikir. Menonton sambil mengumpul pahala.


So, thumbs up to Syamsul Yusoff, bangga Malaysia menghasilkan filem macam ni. Teruskan berkarya Syamsul,  kitaorang pasti akan support karya Syamsul Yusoff !!!


So uols, jauhi diri kita semua dari sifat : 


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.