Monday, 25 June 2018

Baby Sembelit dah nak masuk setahun?!

Assalammualaikum semua mak2 khususnya..

Bagi mak2 yang bagi anak full FM mesti ada masalah mcm ni kan?
Aku nak cerita sikit kronologi kes my baby yg pernah kena sembelit sampai dia elok.

1) 3 bulan. (Enfalac A+)
Nurin (my baby) 1st kena sembelit masa 3 bulan. Masa ni Nurin minum susu Enfalac A+. Najis dia ketul2. Bulat2.

2) S26
Daripada Enfalac aku tukar ke susu S26. Mula2 je okay, lepas tu sembelit juga. Lagi kesian. Masa ni tak lama Nurin 4 bulan time tu. So dia consume S26 sekejap je dalam sebulan.

3)Dutch Baby
Haa ni Nurin serasi. Lama Nurin minum dutch baby dari 4 bulan lebih sampai lah dia 10 bulan. Tiba2 Nurin kena sembelit. Masa ni Nurin masih minum yg Step 6-12 bulan. 3 hari Nurin kena sembelit. Nak buang air besar je nangis2, gigil2 dan kepala dia berpeluh2. Mmg tak sampai hati sangat. Dengan mak2 nya nangis. Nak kata sebab pemakanan, mcm biasa je Nurin makan bubur hari2.

4) Dutch Lady
Lepas tu pengasuh Nurin advise tukar susu dah boleh bagi yg setahun walaupun Nurin lagi sebulan nak setahun. So aku beli Dutch Lady yang madu punya. Sayangnya, Nurin masih lagi sembelit.
Tak boleh jadi, bawa Nurin ke klinik :-

  •  Doc suruh bagi banyak air masak. Dan doc bagi ubat Garam Mineral and ubat masuk bontot. yang ubat masuk bontot tu kalau dah 4 hari tak berak. So far, Nurin hari2 berak cuma sembelit lah. Bila aku tgok dapat ubat tu, aku jadi tak sampai hati nak bagi sebab ubat tu macam ubat untuk org dewasa.
  •  Disebabkan Nurin masih sembelit setelah aku kurangkan bubur, tapi aku bagi makan puree buah. So, aku decided untuk bagi Nurin minum air garam yg doc bagi tu. Aku masukkan sikit je serbuk garam tu dalam 8 ounz air masak.

Ni rupa garam mineral yg doc bagi tu

  • Surprisingly, Nurin suka pulak minum air garam ni. Selalu bila aku bagi air masak tu sedut sikit2 je. Ni air garam bukan main laju sedut, sekali dia minum dekat 4 ounz. Pastu sambung lagi minum sampailah abis 8 ounz.
  • Dan.. alhamdulillah.... esok harinya, Nurin dah boleh berak macam biasa. Adalah meneran tapi tak nangis.
  • Sejak tu aku paham punca sembelit ni adalah sebab kurang air dlm badan dia. Susu sahaja tak mencukupi. Mungkin selama ni aku ingat cukup dia sedut sikit2 tu air masak. Rupanya dia suka yg ada rasa2 sikit. So, lepas Nurin dah elok dari sembelit, aku dah tak bagi air garam tapi aku gantikan dgn air buah buat ada rasa2. Tapi aku buat cair2. Blend buah macam jus tu.
  • Susu aku masih kekalkan yang sama. Ni solution untuk Nurin. Kalau untuk case yang lain2 tu tak pasti lah puan2, kena byk mencuba. Mungkin ada yang kena tukar susu. Depends dekat baby.

Sekian perkongsian dari saya. Harap dapat membantu..

Friday, 22 June 2018

Kenapa Haqiem Rusli nak bersara?





Salam sejahtera..

Lately ni heboh bila penyanyi yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli, umumkan nak bersara dari industri hiburan. Beliau dikatakan mengalami depresi ketika ini.  wah ayat aku dah mcm reporter teragung bukan? kih kih

persoalannya, adakah ini gimik, propa atau ini betul-betul bukan cobaan...

tak kisah la apa pun alasannya, kita sebagai org luar ni tak layak nak judge bukan2.
contohnya, "bagusla bersara, suara ko pun hauk" , "bajet bagus, poyo", "who are yus"
wah senangnya netizen melemparkan kata-kata makian kan..
cuba korang kena maki mcm tu apa perasaanya.
ala korang baru kene tegur sikit dgn boss dah merempan kat whatsap story, ig story, twitter, post quote kat fb lah... ini contoh lah...

So, di sini aku nak membebel sikit lah pasal ni. aku mengaku yg aku mmg minat dengan budak yg bernama Haqiem Rusli(HR) ni.. aku minat sebab suara dia. jaranglah aku minat penyanyi sebab muka dia.
letak la muka paling helok, tapi kalau suara beshe2 je, sis reject je.. gittuh..
Ok, selain HR, penyanyi lain yg aku minat adalah Hazama dan Akim & Majistret.
Syamel pun minat jugak.. Asfan Shah pun aku minat jugak.. faizal tahir.. eh byk pulak tetiba.. motiff..
hahaha.. ok, yg aku mention ni kategori penyanyi lelaki yer..
kang kata aku pempuan gatal pulak nama jantan semua disebut.. Ya Allah korang tak baik tau.. hahaha

Ok, back to HR.. dikalangan BBNU lain, suara HR antara yg memukau.
Bila dengar tu mcm manly sgt, jejanz sgt suara kau dik.
tapi aku bukanlah minat secara fanatik like menjerit2 nama HR dimana2 sambil pegang banner "Haqiem Rusli is BAE".  No lah.. kalau nampak aku mcm tu kat mana2 mungkin itu adalah roh aku yg tak tenang setelah di tetak oleh laki aku berperangai mcm tu.

The truth is, HR sememangnya artis berbakat. suara dia yang ada "weight" bak kata org2 yang komen kat youtube, selain itu, beberapa lagu yg dia compose sendiri pun berjaya melekat di hati pendengar.
TAPI..... ramai org persoalkan masalah ATTITUDE dik HR nih..
yes, i admit it. HR mmg ada sedikit masalah attitude and PR dimana masalah ini sebenarnya boleh dibendung melalui pengalaman dan pengajaran yg dia dapat hasil kecaman2 dan teguran dari engkorang semua ni.. InsyaAllah kalau HR ambil semua kecaman dan teguran sebagai satu yg positive, tak mustahil dia akan berjaya. Tapi kalau dia masih berperangai sebegini dan ditakuk yg lama, segalanya boleh jadi sia-sia. Sayang sebab HR ada fanbase yang sgt ramai dan kuat.




Akhir kata, naluri aku kuat mengatakan yg HR tak akan berhenti menyayi.. sebab dia ada single yg belum release lagi.. herherher...
tapi kalau betul dia nk bersara pun, aku harap HR keluarkan lah segala mala lagu2 yg dia ada dok peram tu release semua ya, lepas tu bersaralah... kikikikiiii


Pesanan penaja : Jangan kecam tanpa fakta. Buat research sikit pastu kecam lah dengan fakta. 

Semoga berjumpa lagi~~

Sebelum engkorang pergi, layan dulu nih video dik HR nanyi.. all time favourite sis ~





Wednesday, 20 June 2018

2018 - RAYA

Assalammualaikum..

Gini jelah... beria2 buat blog.. lepas tu sepi setahun...
Bukan main byk draft post "Pengalaman Bersalin" lah apa lah.. sudahnya mereput di draft sahaja. kahkahh
Maklum lah, lepas beranak ritu, komitmen bertambah.
Nak baca buku pun tak sempat noks.. aku mcm nak jual je semua buku tu haa..

Tujuan aku jengah blog sebab kononnya nak kembali aktif.. acah2 comeback lah.. hahahahhaha
mampu?? kosser sgt kan..
end up, aku jadi leka dok tukar layout, theme bagai siap focus edit coding html..
apa sehhh??
sudahnya gini jela blog ni.. setahun sekali update dok tukar natang layout je..

Oklah, alang2 dah hupdate entry ni, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yg membaca blog ini..
Tahun ni aku beraya bertiga. Seronok gak la.. hahahaha

Ok, see you~

Wednesday, 17 May 2017

Ransomware WannaCry uols !

Salam uols,

sekarang sana sini sibuk pasal ransomware WannaCry ni kan.
Actually, aku dah tak terkejut and panic pon pasal virus ni sebab ransomware ni aku dah kena tahun lepas. Cuma mungkin bukan jenis yg WannaCry lah. Dia ada byk kan nama dia, WannaCrypt, Cryptolocker and so on.

Korang boleh tgok previous post aku sebelum ni mcm mana tenatnya aku menghadapi situasi ituuu.
http://cikpuanfara.blogspot.my/2016/03/virus-attacked-going-to-die.html

So skrg, ransomware ni semakin bertindak kejam. Aku pun takut jugak kalau kena kat company baru ni. Aku tgh gigih membackup semua file ni. Harap2 tak kena lah. Amin.

So sebagai langkah berjaga-jaga, aku boleh advise :-

1) Backup semua file penting dekat external hard disk atau cloud storage. Dua2 lagi bagus.
2) Sentiasa update antivirus definition. And makesure your antivirus is original.
3) Update windows security patch.
4) Jangan donwload unknown email attachment and jangan simply click link2 yang anda tak pasti.
5) Jangan click ads pop up when u surf internet.
6) Minimum kan penggunaan internet, jangan download apa2 from untrusted website.

Paling penting sekali No.1, PLS BACKUP YOUR FILE !!


Tuesday, 21 March 2017

Review RAKUS by FITRI HUSSIN


*Entry ini agak panjang
* Entry ini mengandungi spoiler. Harap maklum.

Buku ni actually, aku dah lama beli. Tapi baru je start baca dalam minggu lepas camtu.
Buku ni mengisahkan pasal ilmu sihir, ilmu hitam yang digunakan sbgai jalan mudah lah untuk kaya dan dapatkan kuasa.
Ok first mengisahkan pasal skim pelaburan cepat kaya yang melingkup di mana Karim telah menganiaya org2 bawah dia dan juga client nya dengan melarikan diri ke luar negara. Dengar macam cliche kan, tapi once korang dah baca, korang tidak mampu untuk stop baca sebab penulis seakan-akan membawa kita untuk tahu apa berlaku seterusnya.
Seriously, aku terbuai dengan cara penulisan dan plot cerita yang teratur daripada Karim kat luar negara sampai lah dia balik ke Malaysia semula.

Bila start masuk pasal kisah Habsyah yang terkena sihir, disinilah part yang paling menarik untuk kita baca dan ingin tahu. Aku rasa macam wow! tak sangka dunia sihir ni tersangatlah kejam, and tak sangka ada org yang membiarkan diri dia dikawal oleh syaitan semata2 untuk duniawi sahaja.
Dunia sihir diceritakan dengan begitu details, macam mana cara Mak Siti hantar sihir, mak siti hidup dgn pendamping2 dia. Rasa geram dan kesian at last Habsyah mati jugak.

Dan masuk part yang Karim dah masuk dunia sihir tu memang sangat menjengkelkan dan geram. Memang teruk betul perangai Karim ni, sanggup konon nak pegi Indon belajar agama, padahal nak belajar ilmu hitam. Bila dia dah dapat apa yang dia nak, dah dapat ilmu sihir yang dia nak, tergamak ikut telunjuk syaitan bunuh keluarga sendiri dan jadikan anak perempuan sebagai teman malam dia. Astaghfirullahalazim.. Eh memang emosi tau part Karim yang ni!!

Adrenalin semakin mencanak-canak bila laki nya si Halimah tu pun mati dibuat dek Karim. Aku lupa sebenarnya nama laki Halimah tu, tapi laki Halimah tu orangnya tersangat baik. Dan keluarga Fauziah pun mati dibuat dek Karim semua gara-gara dia nak bolot harta pusaka adik2 beradik bini dia . Bila dah dapat harta pusaka, tanah, rumah, dia hapuskan lah semua keluarga yang ade kena mengena dgn bini dia. Nasib Halimah dah lari dulu balik kampung dia, tu pun selepas dihalau kononnya Halimah tu ada bela saka.

Lepas tu, kemunculan Azlan ternyata buat aku gembira! Yelah, Azlan je harapan untuk hapuskan si Karim yang dah jauh sesat tu. Azlan ni adalah anak Halimah. Azlan ni daripada kecik mmg orang dh tahu dia ade keistimewaan boleh nampak makhlus halus. Tapi dia guna keistimewaan dia kejalan yg betul lah. Ilmu agama dia pun hebat.

So, last nya Azlan dengan ustaz Idris yang berjaya hapuskan sihir si Karim dan Karim masuk penjara atas byk tuduhan lah. Dan Karim bakal dihukum gantung smpai mati. Padan muka kau Karim!!

Tamat lah cerita Rakus. Tapi ni aku tak cerita lagi pasal kumpulan ajaran sesat si Karim tuh.. Teruk gila Karim ni kan! Korang baca lah sendiri. huhu.. Dan buku Rakus ni ada sekuel nya bertajuk KESUMAT. Aku baru tahu lepas baca review kat goodreads. So, KESUMAT tu pulak mengisahkan pewaris Karim iaitu anak perempuan dia Soraya. Memang tak sabar aku nak baca sekuel nya nih.

Pengajaran yang aku dapat daripada novel ni, secara tak langsung, aku dapat tahu ayat2 al-Quran untuk pendinding diri daripada terkena sihir dan juga zikir2 yang patut kita amalkan. Selain itu, kita juga boleh dapat tahu pasal Hadis dan ulama2 Islam yang terkenal dan juga persekitaran hidup di madrasah/pesantren. Selain itu, kita boleh juga dapat gambaran macam mana org melakukan sihir, apa ciri2 org yg terkena sihir.

Memang syabbas untuk penulis !

So korang jangan marah tau sape yg belum baca tu sebab aku dah spoil kan ending dia.. kih kih kih..

Saya bagi 10 ★★★★★★★★★★


Tuesday, 14 March 2017

Resepi Cornflake Madu Simple, Rangup Tanpa Bakar

Assalammualaikum..
Harap maklum, raya memang lama lagi. Tapi entah kenapa teringin nak makan cornflake madu. Sedapnya uolls rangup2 camtu. Bila tekak ni dah teringin memang tak jadi keje, asek dok teringat. Maka sepantas kilat lah tepon mak tanya macam mana nak buat. Dulu masa kecik2 rajin tolong mak buat cornflake madu ni. Rupanya senang je nak buat. Ni resepi paling simple okay, untuk lepaskan hajat tekak ni je, tapi yang penting sedap, meletop, rangup !!!
Here we go :-

BAHAN-BAHANNYA :


 1) Buttercup - 125 g (agak2 separuh buku tu)
2) Corn Flake Nestle 500g
3) Madu - 1 cawan
4) Gula pasir - 5 sudu


 CARA-CARANYA:-

1) Masukkan buttercup dan gula dalam kuali dan kacau sampai cair dan gula larut

2) Lepas tu masukkan madu dan kacau.

3) Bila dah agak2 menggelegak dan confident gula dah larut, terus matikan api.

4) Lepas tu masukkan semua corn flake dan gaul sekata. Gaul bagi rata, adil dan saksama tau. Memang lenguh sikit time gaul ni. Penting gaul sekata sebab nak bagi dia melekat kan.

5) Lepas tu boleh lah kita masukkan dalam cup. Yang ni kena bertabah la, kalau buat 500g memang banyak. Panggil la askar2 tolong masukkan sekali dlm cup tu.

6) Bila dah masukkan dalam cup tu kan, korang biar kejap dalam dulang ke apa, dalam 10 minit sebelum masuk dalam balang. Bagi dia lekat sikit kan. Sebab kita tak bakar kan. Kalau bakar lain cite. hehe.

Ok, dah siap~~~


ni lah hasil cornflake madu kita yg sempoi ni tapi sedap tau!! 
bawak gi ofis, kejap jek dah licin dikerjakan ofismate.. hehe

Monday, 13 March 2017

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi superb delicious !



Tanpa banyak songeh , moh kiter ke resepi nya :-

BAHAN2 KISAR/BLEND
- bawang kecil - 5biji
- bawang putih - 2 ulas
- halia - 1/2 inch
- kunyit hidup - 1 inch
- cili padi - 20 biji atau lebih (pedas lagi syok)

BAHAN-BAHAN LAIN
- ketam betina - 3 atau 4 ekor (buang kulit dan potong 2)
- santan kotak - 1 kotak (KARA)
- serai - 2 btg
- daun kunyit
- asam keping - 3 keping
- garam

CARA-CARANYA

1) Gaul bahan kisar, serai yg dah diketuk dan ketam dalam periuk. Hidupkan api.

2) Masukkan santan yang dah dicampur dengan air kedalam periuk dan sentiasa kacau.

3) Sentiasa kacau kuah lemak tu sampai mendidih dan kulit ketam dah bertukar kemerahan dan boleh masukkan asam keping dan garam.

4) Kalau agak2 kuah tu macam sikit sangat, boleh tambah air sikit.

5) Teruskan kacau kuah lemak dan last sekali masukkan daun kunyit yang sudah dimayang.

6) Kacau sehingga mendidih, boleh rasa, dan tutup api.

*kalau rasa macam tak cukup santan, boleh tambah santan atau kalau rasa pedas sangat pun tambah lagi santan sikit

Senang je kan??!! Sedap sangat makan dengan nasi panas2..

Ok, selamat mencuba~












Thursday, 9 March 2017

Resepi Kari Ikan Tongkol/Tenggiri

Assalammualaikum.. :)

Terlambat pulak nak post resepi kari ikan nih.. Tapi sedihhh sebab tak sempat nak amek gambo!!
Takpelah, kita tepek dia punya resepi dulu okay. Refer bawah :-

BAHAN KISAR@TUMBUK

Bawang merah kecil - 5/6 biji
Bawang putih - 3 ulas
Halia - 1 inci (optional)
Lada kering - separuh genggam (agak2 tahap pedas anda)


BAHAN-BAHAN LAIN

Ikan tongkol/tenggiri - Sekor potong 4 atau 5
Halba campur - 1 sudu teh
Rempah kari ikan baba's - 1 packet kecik
Daun Kari - 2 pelepah/tangkai
Sayur bendi - 5/6 pcs
Santan - ikut masing2, saya pakai santan kotak KARA je 1 kotak
Asam jawa 

CARA-CARANYA :-

1) Tumis bahan2 kisar/tumbuk dan masukkan sekali halba campur.
2) Bila dah pecah minyak, masukkan rempah kari ikan yg sudah digaul dgn air sikit. Taknak gaul dengan air dulu pun takpe, boleh je terus masukkan rempah kari ikan tu macam tu je.
3) Masuk sekali daun kari. Kacau2 sampai naik bau tumis tu.
4) Agak2 dah pecah minyak mcm kering2 sikit, masukkan ikan dan gaul2. Boleh tambah air sikit yg dalam blender/dalam lesung tu. Sikit je.
5) Masukkan asam jawa, air jgn byk sgt. Sebab nnti nak letak santan lagi. Gaul.
6) Masukkan santan kotak yg dah dicampur air sikit. Lepas tu sentiasa kacau. Pandai2 lah jgn sampai  hancur pulak ikan tu. hehe.
7) Masukkan garam dan sayur bendi. Pandai2 lah rasa garam. Cukup garam baru ummpphhh!
8) Tengok sayur bendi macam dah lembut sikit, boleh matikan api. Kuah tu agak2 paras ikan, kalau kuah cair sgt tak sedap jugak, kuah pekat baru sedap :)


Makan kari ikan dengan nasi panas, sedap. Esoknya pulak, saya buat lempeng pastu cecah dgn kari ikan.. Perhhhh.... Nikmat dunia!

Boleh tengok sini untuk resepi lempeng > Lempeng Cecah Kari Ayam


OK, selamat mencuba !

Monday, 6 March 2017

Perbezaan resepi Kari Ikan dan Kari Daging/Ayam

Assalammualaikum :)

Hari ni aku dapat ilmu baru. Ilmu ni mungkin kalau otai2 atau mak2 atau nenek2 baca mungkin akan cakap "Yek eleh, baru tahu ker??!! kesiannn.... " -_-

Tapi serious lah memang aku baru tahu! hahahaha..

Citenya macam ni, hari ni aku bercita-cita nak masak kari ikan tongkol. Padahal sebelum ni aku pernah masak kari ikan, tapi dah lama lah, so resepi pon lupa. Kalau kari ayam aku still ingat lagi.
Tapi kari ikan ni aku teringat dia lain sikit bahan nya . So aku pun google lah resepi kari ikan.

Dah google, ok terus hadam dalam kepala. Tapi, kebanyakkan resepi aku tengok takda letak rempah 4 sekawan tu, iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih. Aku dah start confuse lah! memang tak letak ke apa ni, kalau letak jugak jadi apa? hahaha..

Google punya google, rupanya kari ikan memang tak letak la dol rempah 4 sekawan tuh! Tapi dia letak halba campur! 4 sekawan tu letak kalau nak masak kari daging atau ayam saja. Ok, so sekarang hadam dalam kepala, paku jangan bagi keluar okay! hahaha.

OK jom kita tengok rupa rempah 4 sekawan dengan halba campur :-


 Untuk Kari Daging/Ayam : Guna rempah 4 sekawan
Ni lah 4 sekawan : kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih




Untuk Kari Ikan : Guna Halba Campur atau Halba sahaja
Halba Campur : Halba, halba putih, jintan putih, jintan manis, biji sawi

 OK lah untuk full resepi Kari Ikan Tongkol, nanti aku update selepas aku masak malam ni ya. InsyaAllah.. Harap2 balik keje ni adalah ikan tongkol kat pasar tuh. huhu





Thursday, 2 March 2017

Hael Husaini - Jampi (Lirik Video)

Nak belanja sikit single terbaru dari Hael ! Entah kenapa tersuka lagu ni.. Korang suka tak? huhuhu..
Layan duluu kayy...


Tuesday, 28 February 2017

Goodreads : Reading Challenge 2017


Tahun ni baru teringat nak bukak Goodreads. Tengok reading challenge 0%. hahahahhaha
Maknanya 1 buku pon aku tak start baca lagi untuk tahun ni. Actually, dah start baca tapi belum habis lagi. Dok mereput bukunya, dah berhabuk sikit. hewhewww

Aku start create account Goodreads ni tahun lepas, masa tu memang berkobar2 lah dengan hobi membaca ni. Kemain kemaruk lagi membeli buku. Pantang tengok review best2 sikit kat Goodreads, hah mula lah masuk dalam list. Bangga jugak dengan diri aku time tu.
Tapi apa sudah jadi sekarang deyyy deyyy deyyy??

Ok2, sekarang mood membaca kena TURN-ON !!

Sengaja aku set 50 buku je untuk tahun ni, sebab aku tahu perangai aku macam mana. Itu pun tah capai target ke tidak 50 buku nih. huh... harap2 sebelum bersalin, aku dapat capai target.
Yelah, kang dah bersalin, mana nak bela anak lagi, takkan itu jam baru nak sibuk pegang buku semata nak capai target kan. memang mintak kena pelangkong ngan laki aku je kang.. hewheww

Sesiapa yang ada account Goodreads tu add la kiteww. Klik SINI.

nak tahu jugak korang baca buku apa kan. mesti korang dah baca beratus2 buku kan... hmm..

ok, till then, daa~~

Thursday, 23 February 2017

Cannot receive email but can sent successfully?

Assalammualaikum kawan2..

nak share sikit ni kejadian hari ni..
ada sorang user ni, problem dia ni email dia selalu je tak receive.
fyi, user ni baru dapat computer baru lah. masa setup computer user ni, cantekkk je semua berjalan lancar gitew. hahaha..
pastu hari ke hari, email dia ni buat hal, send email boleh lepas, tapi, problem dia tak boleh receive email. Dok send/receive je keluar error.
Aku pun stuck. Sebab masuk file sharing boleh, masuk server boleh, guna internet pun ok. So network consider ok lah.

Aku ckp ngn dia, tunggu akak cuti lah atau halfday ke aku repair dia punya Microsoft Outlook 2016 tuh.
Di jadikan cerita, akak tu pun halfday hari ni. Maka, mula la sesi menggodeh dia punya Outlook.
First, aku repair dia punya Outlook. Successful repaired.
Second,  aku remove email profile, aku create semula. Ehhhh tak boleh jugak. Still send/receive error.
Third, aku berpendapat, mungkin Microsoft Office Outlook 2016 ni gila agaknya. So, aku install MS Outlook 2003, old version yg user ni guna dulu.
But still, incoming mail failed. Outgoing success.
Aku dah mula nk mengamuk.

Tp, chill2, aku tepon lah vendor yg handle email server ni. Cite punya cite, dia pun suruh lah aku screencap error tu. As usual. Aku pun email lah kat beliau.
Lepas tu dia reply lah suggestion, yg pd aku, tak membantu pon. hahaha..
Boleh tengok lah error tu dengan suggestion dari vendor kat bawah :-

Ni lah error yang dok kuar tu yang menyakitkan hati iolss

Ni pulak suggestion dari vendor, suh check port incoming. Hmm.. Memang selama ni aku tak tahu lah port incoming tu berapa? Dah beratus email aku setup, takkan lah aku boleh jadi bengong plak nak letak port salah..Hmm... Tp, yelah, org berbudi kita berbahasa. Thanks jugak lah vendor. huhu 



Ok, lepas dah give up dgn suggestion vendor tuh. Dok belek2 computer user ni, update windows sudah, troubleshoot network sudah. Last2 aku ternampak ada 2 antivirus!!

Instinct aku kuat mengatakan, Antivirus ni punca masalah semua ni!!

Ada dua antivirus, :-
1) Quick heal (Antivirus company)
2) Norton Anti virus ( Free trial version )

Aku pon lantas uninstall Norton antivirus tu. AND YOU KNOW WHAT, lepas je uninstall, aku send/receive email, berdesup masuk incoming mail.

Geram tol aku sebab dekat 3@4 jam aku ngadap benda ni. hahahahah
Lega problem dah setel!
Syukur Alhamdulillah, dapat ilmu baru! huhuhuhu

Lepas tu punya excited, aku pegi tepon vendor tu ckp problem dah solved. Vendor tu mati2 ingatkan suggestion dia tu berhasil. kahkahkah.. aku pun cite lah rupa2nya sebab antivirus blablabla...
-_-

ok guys, saje nak share kot2 lah ade yang hadap problem ni. silap aku jugak masa setup computer user ni dulu, tak remove si Norton ni dulu sebelum install Antivirus company.

sekarang dah boleh silang kaki tengok youtube~ hewwhewww


Monday, 16 January 2017

Update

Salam sejahtera,

Hari ni bersihkan blog yang dah bersawang.. hehehe
Seriously, tak ada masa langsung nak update. Yalah, tetiba byk komitmen kan.
Komitmen kerja, family, dan juga kesihatan..
Lebih2 lagi, sekarang, tgh pregnant baru masuk 3 bulan..
Actually, dah dekat 2 tahun aku dan suami tunggu rezeki zuriat.. Alhamdulillah....
Diharap kandungan ni selamat, sihat hingga tiba waktunya.. InsyaAllah...

So sekarang takda apa2 cerita, info, aktiviti menarik nak kongsi sebab mood tak stabil. Paham2 jela korang tgh pregnant ni emosi tak tentu, kesihatan pun tak tentu, nafsu makan pun on off tau, tapi ada kawan nasihatkan, jangan mengeluh, just enjoy dengan semua pengalaman tu, sebab kita tengah jihad untuk melahirkan amanah Allah.

Apa2 pun terima kasih yg sudi singgah blog yang tak seberapa ini, dan sesungguhnya saya rindu nk blogwalking kwn2 lain punya blog.. and kagum dengan diorang yang istiqamah update blog.. saya harap, sy boleh jadi istiqamah mcm tu ..

Ok, see ya....

Tuesday, 29 November 2016

Review #LENGLOI by MARIA KAJIWA

LengloiLengloi by Maria Kajiwa

My rating: 5 of 5 stars


Assalammualaikum...
Buku ni tersangat best sampai tak mampu nk hentikan bacaan..
plot cerita disusun sangat kemas, dan banyak juga terselit pengajaran dalam novel ni.
part seram tu memang WIN! sampai termasuk dalam mimpi saya. serious! tengok cover pun dah seram okay.
apa yang saya kagum, nilai persahabatan yang ditunjukkan walaupun berlainan bangsa.
overall, buku ni memang best, padat dan tak rugi beli buku ni! memang menepati citarasa saya yang suka novel seram..

Good job Maria Kajiwa!



View all my reviews

Tuesday, 22 November 2016

Review #SALINA by A.SAMAD SAID

SalinaSalina by A. Samad Said

My rating: 3 of 5 stars


Berminggu jugak nak habiskan novel ni.
Mungkin sebab novel ni tebal dan bahasa sastera nya yang meleret2.
Tapi plot cerita ni best.
Rasa kesian dekat Salina dengan Nahidah.
Tak tahulah zaman sekarang ni wujud lagi ke org mcm Salina ni? yang menyanggup sangat utk seorang lelaki.

Lagi satu kesian jugak dekat Hilmy.
Ending dia ok, ada part yang happy, dan ada part yg sedih.







View all my reviews

Monday, 21 November 2016

Review #Rooftop by Farrah Izzlorna

RooftopRooftop by Farrah Izzlorna

My rating: 4 of 5 stars


Buku ni best, mind blowing!! Sehari setengah je aku habiskan sbb takda part yg boring..
semua rasa ada, misteri, happy, sedih, drama, geram pun ade gak..
aku geram kat si adik pmpuan Andrian tu.. hahah..

and ending dia best, walaupun mcm drama sikit lah part masa nk nikah fikri dgn aya tu.. terbayang plak cite kuch2 hota hai, salman khan tarik tgn kajol x jadi kawen.. hahaha..
suka Aya dgn K.. :)

btw, gud job Farrah Izzlorna!! Waiting for your next book.





View all my reviews

Friday, 28 October 2016

Review #ILUSANITI by ADIB ZAINI



hai, kali ni nak buat review novel pulak lah..
actually, dah baca beberapa novel, tapi lupa nak buat review..
bukan lupa, tapi lebih kepada malas.. hihhi.. hmmmm

ok berbalik kepada novel ilusaniti ni, novel ni diterbitkan oleh FIXI. and was published on 2013.
dah lama dah, tapi aku baru tahu.. tsk tsk.
FIXI ni ada follower sendiri, mcm aku pun prefer fixi. nak tahu kenapa? boleh tengok previous post aku pasal fixi ya. SINI

Pendapat aku tentang novel ilusaniti ni, aku salute dekat penulis dia sebab aku tak dapat bayangkan macam mana dia berfikir sampai menghasilkan penulisan yang hebat mcm ni.
Seriously, aku pening, kadang2 stress jugak aku baca, bila dah masuk mimpi tentang "Bandar Tanpa Cahaya" tu, bunyi ikan paus bergema, langit warna hijau. Rasa geram kenapa geng2 diorang semua kena mcm tu.
At the end, baru tahu kenapa. Semua berpunca daripada si cult, AL masa diorang tengok movie Samad Spender. hahaha.
Lagi satu aku tertarik dgn nama kucing yang dia bagi, "David Lee Roth". Curlasssss kauuu... 

Buku ni byk mengisarkan tentang dunia "Gamers". Siapa yang hantu main game tu aku rasa memang suka lah novel ni. Sampai ada term2 yang aku tak tahu. Tapi tu yg aku suka, sebab kita membaca untuk menambah ilmu kan.

Istilah "mindfucked" tu memang sesuai untuk buku ni. Sampai lepas habis aku baca buku ni, aku mengeluh sebab mungkin terlalu menghayati ke'stress'an watak2 dlm cite ni. Finally, tahu kenapa diorang jadi mcm tu.Seriously weh, lepas habis baca tu aku mengeluh, hempas buku dan tersandar.
Ok, aku tahu aku over. Baca buku je kot. Actually tak hempas pun, cuma letak buku dgn kasar je. Syg oiii buku ...hehehe

Aku rasa macam ada sekuel kot buku ni memandangkan ending dia macam tergantung sikit. Tp still ending yg puas hati. Korang kena terima hakikat yg novel fixi ni kebanyakan ending suruh korang berfikir. ok, fine, hahaha..

Ok, so korang yang belum baca tu and suka novel2 thriller, psycho, apa lagi go get it guys!




Powered by Blogger.